Tuesday, January 14, 2014

Everything About Me!

Teruskan membaca jika ingin kenali saya!

Tahun ni, (2014) umur saya 27 tahun. Masih Bujang. Lahir pada 23.6.1987.. saya asal dari Kemaman. Sekolah rendah di SK Chukai Kemaman dan sekolah menengah di SMK Chukai Kemaman. Selepas SPM, sambung belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah dalam bidang Sains hayat. Saya memilih kos Sains Gunaan ( Pemodelan Matematik ) untuk Ijazah dan Sains Tulen ( Matematik ) untuk Masters di Universiti Sains Malaysia (USM)

Saya ada banyak pengalaman kerja.. Selepas SPM, saya dapat kerja sebagai pembantu guru tadika selama sebulan memandangkan pekerjaan itu memang diperlukan untuk sebulan. Berehat beberapa hari, saya dapat offer kerja di taska. Hanya sempat berkerja dalam 3 bulan, saya dapat masuk Matrik.

Pekerjaan ke 3 saya di kedai makan. Saya kerja ketika cuti antara semester semasa degree.. waktu saya habis tahun pertama ... waahh...kerja kedai makan memang penat! macam-macam kena buat.. yang saya xbuat cuma memasak dan bancuh air.... xpandai,.. hehe.. 

Cuti antara semesta tahun kedua, saya membuat praktikal di Perwaja Steel Sdn Bhd.. Ayah saya berkerja di situ, so mudah la nk dapat kan.. Saya xwajib untuk praktikal tetapi saya ambil sebagai pengalaman kerja

Semasa last semester, saya membuat part time sebagai Cashier di koperasi USM.. Dalam 6 bulan jugak sebelum menamatkan degree.. Saya habis belajar pada akhir bulan 11 2009. Berehat selama sebulan, Saya mula bekerja sebagai guru di sekolah swasta pada 3.1.2010. Saya mengajar addmath, math dan biology.. Biology? sangat jauh bidang saya ambk tetapi saya di amanahkan untuk mengajar kerana tiada guru masa tue.. selama setahun saye makan dan tdo dengan biology! study memanjang... pada masa 2 tahun ini juga saya aktif dalam mengajar addmath di 2 tempat pusat tuisyen dan sebagai private teacher

Saya letak jawatan sebagai guru selepas dua tahun.. Pada 22.2.2012, saya menyambung pelajaran di peringkat master dalam matematik. Semasa belajar peringkat master, saya membuat 2 part time. Saya mengajar addmath sebagai private teacher dan menjadi jurujual di kiosk. Alhamdullilah, result saya ok walaupun saye bekerja. Saya tamat master pada Julai 2013 dan konvo pada Setember 2013. Ogos 2013 - Oktober 2013, saya menjadi guru sementara di MRSM Balik Pulau.

Pada Nov 2013 saya berada di rumah,  Kemaman. Selama dua bulan berada dirumah, macam biasa saya akan membuat part time sebagai private teaher ( mengajar addmath ). Sekarang, Saya membuat full time dalam bisnes Shaklee. 

 Saya mula membeli produk Shaklee dan secara tiba-tiba berminat untuk membuat bisnes. Salah satu faktor adalah group yang saya join nie sangat membantu dalam bisnes Shaklee.. Kami ada group FB dan group WhatsApp yang berbincang tentang produk Shaklee. Saye tidak kenal semua orang dalam group tersebut sebab datang dari pelbagai tempat. Saya juga mendengar talks dari master yang mempunyai income tetap 5 angka tentang cara untuk berbisnes.

Kepada yang berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan ingin mulakan bisnes dengan Shaklee, boleh hubungi saya. kami akan guide anda sehingga anda berjaya. Macam mana nk join kalu xkenal saya? mungkin itu soalan yang anda fikirkan sekarang.. saya juga join dengan orang yang saye tidak kenal hingga saya mampu berbisnes...keputusan ditangan anda,.fikirkan yang terbaik bagi anda.. Saya menantikan panggilan dari anda! 

Saya dah berShaklee, anda bila lagi?








Shaklee is my Destiny

No comments :

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved shaklee-product.blogspot.com